BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, September 3, 2010

HARI KELUARGA EMPATHY BATCH-SUNGAI SAMAK MARIII:)

mula-mula mereka merancang tuk wat hari keluarga
saya sukewww
sbb kiter 1 keluarga
1 malaysia
ermmm cayang korang semue


sebelum berjalan naik bas dulu dr KHAR n sampai ler pintu timur
after tu baru berjalan beramai2 macam itik pulang petang,huhu
walupun hujan,hujan batu, salji akan ku redah juge
demi semangat empathy batch
huhu



hehe,sempat lagi
peace no war (^.^)


cepat-cepat orang lain nak makan  dah
heheh (*.*)



sungguh ceria n comei2 belaka
sape2 yang berkenan
bleh dapatkan borang daripada saya
hehe joke2 jew
kaunter dah tutup
mereka semua sudah berpunye....tettttttttt :)



setelah 20 minit berjalan beramai ke sungai samak
sampai lah ahli keluarga empathy batch
sampai pose dulu,hehe



ayam mula di bbq kan
tukang masak berkaliber di atas tu ialah
dr kanan : aishah,afik
tukang cari arang : adeq
hehe



aktiviti pangang-memanggang



tengok sampai nangis adik kiter sorang tu
disebabkan terlampau bersungguh-sungguh meniup arang
xpe2 t basuh mate


lepas kenyang melantak ayam bbq,bihun goreng
hot dog n mcm2 makanan dan minuman lagi
mula lar aktiviti merakam kenangan


smileeeeee-ngeee


nyam-nyamm ermmm x sabarr rasenyer



akhirnyer..huhu


artis empathy batch

jefri dol



heheh kami siapakah ini
tuan empunyer badan mesti tau
kikiki:)

TUGAS PEMBIMBING RAKAN SEBAYA


Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

~Merapati rakan sebaya dan mengenal pasti mereka yang bermasalah dan merujuk mereka kepada guru bimbingan dan kaunseling

~Menjadi pendengar yang peka kepada curahan perasaan rakan sebaya dan memberi sokongan emosi dalam keadaan krisis.

~Memberi penjelasan mengenai bahaya penggunaan dadah, arak, merokok, hubungan jantina, dan pencabulan kehormatan. Mrujuk, jika perlu, kepada guru bimbingan dan kaunseling dengan persetujuan mereka.

~Membantu pelajar yang menghadapi masalah akademik melalui sistem mentor atau tutor sebaya.

~Membantu guru bimbingan dan kaunseling dalam aktiviti bimbingan dan kaunseling kelompok.

~Membantu dalam memberi latihan kemahiran seperti kemahiran berkomunikasi, membuat keputusan dan kemahiran kaunseling kepada rakan sebaya.

~Membantu dalam melatih kumpulan sebaya untuk persediaan sebagai Pembimbing ~Membantu dalam aktiviti orientasi pelajar baru, mengelolakan unit bimbingan sekolah, perpustakaan bimbingan, papan kenyataan bimbingan dan aktiviti lain yang ada kaitan ~Menjadi penggerak kepada ahli-ahli unit untuk melaksanakan



ULAR ALBINO


 Search punya search internet konon nak cari bahan
 tuk assgment gaya hidup sikh kursus Kaunseling Pelbagai Budaya
alih2 ternampak plak ular albino ni
aku rase ular albino nie sangat unik
mmm indahnya cintaan Mu Ya ALLAH


 ular sawa albino yang baru nak menetas



tengok mate ular ni bulat sangat dah lar hitam pekat sangat mcam contact lense,hehe
warna kulit dah ler putih gilew
yang paling unik tengok kat mulut dia tu,macam ade lubang-lubang tu ape yer
hehe aku pun tak tau



ermm rase sejuk leher tengok picture ular sawa albino ni
korang plak,heheh



yang ni lagi lar unik sangat2,ular sawa albino berkepala 2

INDAHNYA CIPTAANMU YA ALLAH

SEMANGAT 1 MALAYSIA-BOOK OF RECORDS


Hail usaha saya dan warga KHAR y lain tuk menyiapkan
jalur gemilang menggunakan tempurung kelapa


pose kenang-kenangan bersama jalur gemilang


x kesah macam mane pun,asal pose,hehe:)


mengambil gambar kenag-kenangan kain rentang Malaysia Book Of Record
sementara menunggu ambang merdeka
MERDEKA-MERDEKA-MERDEKA


see, my friend berbilang bangsa dan kaum
menunjukkan semangat 1 Malaysia:)


1 MALAYSIA AGAIN-BEFORE LARIAN MERDEKA


walaupun keletihan selepas larian,sempat lagi tersenyum tuk pose:)
1 MALYSIA
Dari Kiri: Tasya (Iban), Purni (India), Eira (Asli mix chines), May (Iban), Azza,saya hehe(Melayu)
terbukti kan 1 MALAYSIA:)

PERANAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA





Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) boleh membantu untuk meningkatkan lagi keberkesanan program bimbingan di sekolah. Pembimbing Rakan Sebaya merupakan satu tenaga positif untuk membolehkan program bimbingan mencakupi kelompok pelajar-pelajar yang mungkin sukar didampingi oleh guru bimbingan dan kaunseling atau guru-guru lain. PRS ini merupakan khidmat sokongan kepada Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.


pembantu rakan sebaya

Golongan remaja boleh berkomunikasi dengan rakan sebaya mengenai masalah atau hal yang mengganggu mereka, dengan lebih mudah dan lebih berkesan lagi. Di tiap-tiap sekolah memang wujud sekumpulan kecil pelajar yang tidak boleh menerima dan membina perhubungan dengan orang dewasa dan pihak berkuasa sekolah. Pengaruh rakan sebaya dapat mempengaruhi golongan remaja ini. Oleh itu, dengan latihan dan asuhan yang sesuai, Pembimbing Rakan Sebaya hendaklah diwujudkan di sekolah. Nama-nama lain yang mempunyai sama konsep dengan PRS ialah Kaunselor Sebaya, Tutor Sebaya, Mentor Sebaya, Buddy, Kakak/Abang Angkat atau Kelompok Sebaya Sokongan.



PROGRAM BERSAMA MEMBINA INSAN BITARA-SEMESTER 1


sebelum bertolak ke program,masing-masing happy cos
first time naik coster upsi,hehe:)


bukan main lagi bile dah naik coster,tapi ksian kat kawan saye sorang tu
sbb tmpt dudk x ckp terpakse letak kerusi
ermmm,tp waktu blik x r sbb ade y trs blik ke rumah
disebabkan itu der ahli lain y sling bertukar tempat ngan dia
tuk mendpaat pengetahuan kami sanggup bersusah payah
blum termeterainya kelab empathy sikap empaty tu telah ade dalam diri kami
huhhuhu:)


duduk belakang sekali pun jadi..peace no war

semua ahli yang sentiasa berkerjasama n bertungkus lumus
tuk menjayakan program

aktiviti memasang khemah


ldk bermula


antara ahli kumpulan lain



anatara tradmark y dibuat oleh pelajar


anatara aktiviti sukaneka yang dijalankan


penyampaian cenderamata tuk cik penolong kanan
dan majlis penutup dirasmikan oleh Encik Samri,
pensyarah kursus Pembagunan Sahsiah





Der duit baki sikit wat jamuan di kfc,hehe


huhu semue sengih2 belaka
 sempat lagi pose walaupun semuenyer
dah pk nak melahap kfc didepan mata tu
ahakzzz:)



mmmm,nyam nyam
macam nak gerak gi kfc sekarang jew
jommmmmmm


Thursday, September 2, 2010

BEREHAT SEBENTAR BERSAMA...LAWAK JENAKA

NAK TERMUNTAH

Di dalam sebuah bas, duduk seorang pemuda dan seorang nenek. Si nenek memicit-micit kepalanya.
"Kenapa ni nek, Pening ya," tanya pemuda tersebut.
"Ya nak,rasanya kepala pening, perut mual, rasa macam nak muntah," jawab nenek.
"Oh, ya nak, bolehkah nenek melihat muka kamu sebentar."
Pemuda itu terkejut tapi kemudian tersenyum. "Boleh nek, tapi kenapa?"
Si nenek menjawab," Biar muntahnya lebih cepat."



JANGAN TAKUT

Seorang pesakit yang akan dibedah terbaring di katil bilik bedah dengan muka yang pucat. Seorang doktor bedah muda masuk sambil menyapa pesakit tersebut dnegan ramah.
"Awak kelihatan takut sekali, jangan bimbang, semuanya akan berjalan dengan baik dan lancar, jadi tabahkan hati mu..."
"Bagaimana tidak takut doktor, seumur hidup inilah pertama kali saya dibedah,"
"Sama-sama, saya juga kali pertama buat pembedahan, saya sama sekali tidak merasa takut..." =)