BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, August 12, 2010

“Anda Selalu Tak Cukup Masa? Terlampau Banyak Kerja & Perkara Yang Perlu Dilakukan? Sering Tiada Masa Untuk Mengulangkaji Pelajaran?”

Rentetan persoalan mudah kawan-kawan yang bertanyakan 'macam mana nak mengurus masa ye dalam musim-musim bulan puase ditambah banyak assggment nie...aku cakap 'tepuk dada tanya selera'-pandai2lah,
ikutkan aku pun der masalah pengurusan masa nie, jadi sama-sama lah kiter belajar, macam mana nak urus masa dengan betul,jom2:)

1) Penting dan segera

Ini adalah tugas yang wajib dilaksanakan pada masa itu juga atau pada waktu yang terdekat. Contohnya, jika hari ini seorang pensyarah meminta anda untuk menyempurnakan satu tugasan akademik dan menyerahkannya pada pukul 11 pagi esok. Selalunya, seseorang dapat melaksanakan tugas dalam kategori ini dengan tepat. Seseorang itu mampu melaksanakan dengan baik kerana didorong oleh sifat ' segera ' dan kepentingannya. Tetapi sering juga terjadi pengabaian sekiranya hidup seseorang itu tidak berdasarkan prinsip yang tepat. Contohnya, apabila sudah masuk waktu solat, masih ramai yang mengabaikannya walaupun pada hakikatnya adalah persoalan yang penting dan segera.

 

2) Penting tetapi tidak segera

Kejayaan melaksanakan tugas dalam kategori kedua inilah yang membezakan antara individu yang berkesan dan yang tidak berkesan. Malangnya, kebanyakkan perkara- perkara penting dalam hidup seseorang tidak termasuk dalam kategori 'segera'. Contohnya perkara- perkara dalam kategori ini ialah kursus yang perlu dihadiri untuk mempertingkatkan kemahiran profesional, kertas kerja yang perlu dibentangkan, jurnal yang perlu diterjemahkan. Ini akan dapat mengelakkan 'pengangguran masa' dan akan dapat mendisiplinkan diri anda sebagai seorang mahasiswa.

Seterusnya pengurusan yang unggul dapat dicapai melalui kebijaksanaan pengurusan masa. Anda perlu tahu bahawa sumber yang paling penting yang perlu diagihkan pada setiap masa ialah masa itu sendiri. Antara tugas penting sebagai seorang mahasiswa ialah mengagih-agihkan masa di antara belajar dengan aktiviti- aktiviti yang lain seperti melibatkan diri dengan persatuan, kebajikan masyarakat dan aktiviti riadah yang lain. Ilmu psikologi pun menekankan apabila seseorang berada di dalam keadaan tekanan dan ketakutan, dia akan hilang pertimbangan. Jadi sebahagian masa perlu diperuntukkan untuk menenangkan fikiran.

Satu lagi penyakit yang dihadapi oleh kebanyakan pelajar ialah masalah pengurusan masa. Seringkali apabila diberikan tugasan untuk dibuat, mereka akan mengeluh mengatakan tidak ada masa untuk membuatnya. Mereka akan memberi seribu satu alasan kenapa mereka tidak dapat menyiapkan tugasan tersebut. Kalau benarlah mereka tidak ada masa, bagaimana pelajar lain boleh menghantar tugasan tersebut tepat pada masanya? Keadaan ini berbeza dengan sebilangan pelajar yang akan sampai ke dewan kuliah lebih awal daripada masa yang ditetapkan, pelajar yang suka bertangguh-tangguh akan sampai pada masa atau lewat sedikit. Sikap tidak menepati masa ini sudah terbawa-bawa dalam hidup mereka. Sebenarnya kejayaan juga dipengaruhi oleh sikap positif dan disiplin yang baik.

Jelas terbukti bahawa penglibatan mahasiswa dalam persatuan tidak akan menjejaskan pencapaian akademik sekiranya pengurusan masa dilakukan dengan betul. Misalnya para pelajar dari universiti yang telah lama "establish " seperti Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia dan lain-lain, sangat aktif berpersatuan dan melibatkan diri dalam kegiatan masyarakat. Aktifnya mereka ini sehingga mewujudkan satu stigma di kalangan masyarakat bahawa suara mahasiswa adalah suara rakyat, bahkan sumbangan mahasiswa dalam membentuk pembangunan negara adalah sangat bernilai dan ditagih.


3) Segera tetapi tidak penting

 

Perkara atau kerja dalam kategori ini selalunya menuntut tindakan yang segera tetapi jika diteliti secara objektif perkara ini sebenarnya kurang utama.Contohnya, kita diajak untuk menghadiri satu pertemuan, diminta berceramah, atau seorang kawan mengajak kita menemaninya membeli-belah. Kita mungkin menyedari bahawa perkara- perkara ini sepatutnya kurang diberi keutamaan, tetapi masalahnya seseorang sedang menanti di hadapan meja kita untuk mendapat jawapan. Akhirnya kita tewas, lalu bersetuju kerana kita tidak mampu mencari alasan yang baik dan manis untuk menolaknya.

0 comments: