BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, September 3, 2010

MAT REMPIT: SALAH SIAPA?



KITA harus sedar ada ketikanya sesuatu perkara yang remeh atau kecil itu mempunyai rantaian kesan yang berpanjangan. Demikian masalah mat rempit yang hangat diperkatakan sekarang. Isu itu menenggelamkan isu bohsia, bohjan dan lepak, walaupun ia masih wujud.


Sekarang kita boleh melihat pelbagai gejala sosial ini mempunyai pewaris tersendiri terutama golongan kanak-kanak. Mereka menggelarnya sebagai ‘rempit junior’. Saya sendiri melihat kanak-kanak berumur 10 tahun menunggang motosikal dan berlumba basikal pada waktu petang.
Selain itu, kanak-kanak wanita pula tidak ketinggalan menunggang motosikal tanpa sedikit kebimbangan. Mereka juga berani melakukan aksi sama seperti mat rempit. Ia berlaku kerana ada pengaruh golongan remaja atau dewasa yang menunggang motosikal.

Bagi ahli psikologi tentunya mereka memahami bahawa keadaan ini berupaya membentuk peribadi kanak-kanak liar dan tidak terkawal apabila semakin dewasa. Sebab itu kita perlu menghapuskan golongan rempit yang memaparkan contoh tidak baik kepada masyarakat.
Saya berfikir bahawa mat rempit perlu diberi pengajaran atau hukuman yang boleh menginsafkan mereka. Hanya hukuman penjara yang boleh membuatkan mat rempit sedar dengan kesalahan mereka.
Tetapi, mengapa pula hukuman penjara ini tidak dijalankan. Mengapa perlu wujud persoalan hukuman penjara hanya akan merosakkan masa depan mereka. Kita perlu melihat hukuman penjara ini daripada perspektif berbeza.

Kerajaan tidak boleh terlalu bertoleransi dengan golongan mat rempit dengan hukuman sekadar menggantung lesen dan merampas motosikal mereka. Langkah ini tidak efektif. Yang melakukan kesalahan ialah manusia bukannya lesen atau motosikal.


Jadi, mengapa hanya lesen digantung dan motosikal dirampas tanpa menghukum pesalah sebenar. Bagi saya, jika seseorang itu mempunyai kesedaran, walaupun memiliki motosikal dan lesen, mereka tidak akan membabitkan diri dengan lumba haram sehingga membahayakan pengguna jalan raya serta orang awam.
Kalaupun pihak berkuasa menggantung lesen pemilik, ia tidak menghalang mereka berlumba semula kerana di kalangan mat rempit juga kebanyakannya tidak ada lesen memandu.

Gejala mat rempit akan melahirkan lebih ramai individu jika tiada undang-undang yang berat dikenakan kepada mereka. Malah, bukan saja mat rempit, gadis belasan tahun terjebak sebagai pelacur, selain itu ramai ahli mat rempit menjadi perompak, kaki lepak, perogol, peragut, kumpulan samseng dan penagih dadah.
Saya bersetuju dengan kebanyakan pendapat bahawa ibu bapa tersilap langkah dalam memberi kemudahan kepada anak mereka. Dalam kata lain, ibu bapa kurang mengambil berat perkembangan sahsiah anak.
Ibu bapa terlalu membiasakan anak mereka memiliki motosikal dan membiarkan mereka melepak di sana-sini. Sesetengah alasan yang diberikan adalah untuk kemudahan anak ke sekolah. Jika benar, ibu bapa perlu mengambil tindakan tegas.


GAMBAR HIASAN DI AMBIL DARI FILEM
BOHSIA: JANGAN PILIH JALAN HITAM

0 comments: