BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, September 3, 2010

GEJALA MEROKOK DALAM KALANGAN REMAJA


Gejala merokok kian meningkat kini walaupun pelbagai kempen dijalankan untuk mengurangkan perokok. Banyak remaja, lelaki mahupun perempuan yang terjebak dalam tabiat buruk ini. Tabiat merokok bukan sahaja membazirkan wang malah membawa pelbagai penyakit yang boleh membawa maut seperti kanser paru-paru. Menurut Menteri Kesihatan, Dato’ Dr. Chua Soi Lek, peningkatan merokok dalam kalangan remaja kian meningkat mengikut statistik pada tahun 2009.

Kempen antimerokok yang sedang dijalankan oleh kerajaan baru-baru ini sememangnya satu langkah yang baik. Kerajaan patut dipuji kerana berusaha untuk membanteras tabiat merokok. Kempen ini memberi penumpuan kepada rupa paras negatif orang yang merokok untuk menakutkan remaja yang terjebak dalam tabiat ini. Kempen ini juga menunjukkan keadaan paru-paru orang yang merokok. Paru-paru tersebut hitam, kering, dan sungguh menakutkan.

Kempen antimerokok ini disebarkan secara meluas dalam pelbagai media. Televisyen, surat khabar, dan juga radio kini dipenuhi dengan iklan-iklan antimerokok. Para remaja yang majoritinya menonton televisyen serta mendengar radio diberi kesedaran mengenai tabiat merokok dan kesan-kesan melalui iklan-iklan ini. Melalui pengiklanan golongan sasaran kempen ini, iaitu perokok seharusnya dapat dicapai dan kadar perokok dapat dikurangkan.

Kempen anti merokok yang dilancarkan oleh kerajaan kira-kira setahun yang lalu di seluruh negara berlandaskan slogan “Tak Nak!” Slogan ini sangat sesuai untuk membuang tabiat buruk merokok dan mengatakan “tak nak kepada rokok.” Kesan-kesan buruk tabiat merokok yang dipaparkan dapat menanam rasa takut dalam jiwa perokok. Pihak kerajaan berharap kempen-kempen ini dapat menyedarkan perokok untuk berhenti merokok dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Kempen antimerokok ini merupakan antara langkah kerajaan yang amat dipuji. Harapan kerajaan melalui kempen ini adalah untuk menyedarkan perokok dan mengurangkan jumlah perokok khususnya remaja.

Kesimpulannya, semua pihak berkenaan perlulah bekerjasama untuk menghapuskan tabiat yang membunuh ini. Dengan usaha kerajaan yang berterusan dan intensif ditambah dengan kerjasama masyarakat diharapkan kempen ini akan berjaya.


KEM EKSPLORASI KAUNSELOR UNGGUL

pada mulanya rasa sedikit sedih sebab
duit tender kami sikit jew
mungkin sebab kami duduk di depan
cik aziz macam x bape nampak jew kami'
huhu rupa2 semasa sesi refleksi baru ku tahu
apa tektik yang digunakan
segala unfinished bisnes terjawab
tq cik aziz jasamu sangat dikenang



juge geng ibu mengandung
saya pertahankan ibu mengandung kerana.....
ibu mengandung juga...bla..bla
ibu mengandung....sangat perlu dipertahankan bla...bla..bla
ibu mengandung jua sangat......bla...bla...bla
huhuhu bila ingat balik lucu sangat2
mmm tapi itulah kenangan
kenangan terindah buat diriku
terima kasih cik aziz dan cik taqi
dengan adanya program ni ku tahu perjalanan sebenar program
bila menjadi kaunselor kelas
amin...

GAMBAR UNIK DAN MENARIK


BATU DI PANTAI YANG TERHAKIS SEOLAH-OLAH ORANG SEDANG BERSUJUD


STORM CLOUD


WEIRD CLOUD


POKOK KAKTUS MENYERUPAI TULISAN ALLAH


AWAN BERARAK MENYEBABKAN LANGIT
MENYERUPAI BENTUK HATI


KU BERSYUKUR PADA MU YA ALLAH

MAT REMPIT: SALAH SIAPA?



KITA harus sedar ada ketikanya sesuatu perkara yang remeh atau kecil itu mempunyai rantaian kesan yang berpanjangan. Demikian masalah mat rempit yang hangat diperkatakan sekarang. Isu itu menenggelamkan isu bohsia, bohjan dan lepak, walaupun ia masih wujud.


Sekarang kita boleh melihat pelbagai gejala sosial ini mempunyai pewaris tersendiri terutama golongan kanak-kanak. Mereka menggelarnya sebagai ‘rempit junior’. Saya sendiri melihat kanak-kanak berumur 10 tahun menunggang motosikal dan berlumba basikal pada waktu petang.
Selain itu, kanak-kanak wanita pula tidak ketinggalan menunggang motosikal tanpa sedikit kebimbangan. Mereka juga berani melakukan aksi sama seperti mat rempit. Ia berlaku kerana ada pengaruh golongan remaja atau dewasa yang menunggang motosikal.

Bagi ahli psikologi tentunya mereka memahami bahawa keadaan ini berupaya membentuk peribadi kanak-kanak liar dan tidak terkawal apabila semakin dewasa. Sebab itu kita perlu menghapuskan golongan rempit yang memaparkan contoh tidak baik kepada masyarakat.
Saya berfikir bahawa mat rempit perlu diberi pengajaran atau hukuman yang boleh menginsafkan mereka. Hanya hukuman penjara yang boleh membuatkan mat rempit sedar dengan kesalahan mereka.
Tetapi, mengapa pula hukuman penjara ini tidak dijalankan. Mengapa perlu wujud persoalan hukuman penjara hanya akan merosakkan masa depan mereka. Kita perlu melihat hukuman penjara ini daripada perspektif berbeza.

Kerajaan tidak boleh terlalu bertoleransi dengan golongan mat rempit dengan hukuman sekadar menggantung lesen dan merampas motosikal mereka. Langkah ini tidak efektif. Yang melakukan kesalahan ialah manusia bukannya lesen atau motosikal.


Jadi, mengapa hanya lesen digantung dan motosikal dirampas tanpa menghukum pesalah sebenar. Bagi saya, jika seseorang itu mempunyai kesedaran, walaupun memiliki motosikal dan lesen, mereka tidak akan membabitkan diri dengan lumba haram sehingga membahayakan pengguna jalan raya serta orang awam.
Kalaupun pihak berkuasa menggantung lesen pemilik, ia tidak menghalang mereka berlumba semula kerana di kalangan mat rempit juga kebanyakannya tidak ada lesen memandu.

Gejala mat rempit akan melahirkan lebih ramai individu jika tiada undang-undang yang berat dikenakan kepada mereka. Malah, bukan saja mat rempit, gadis belasan tahun terjebak sebagai pelacur, selain itu ramai ahli mat rempit menjadi perompak, kaki lepak, perogol, peragut, kumpulan samseng dan penagih dadah.
Saya bersetuju dengan kebanyakan pendapat bahawa ibu bapa tersilap langkah dalam memberi kemudahan kepada anak mereka. Dalam kata lain, ibu bapa kurang mengambil berat perkembangan sahsiah anak.
Ibu bapa terlalu membiasakan anak mereka memiliki motosikal dan membiarkan mereka melepak di sana-sini. Sesetengah alasan yang diberikan adalah untuk kemudahan anak ke sekolah. Jika benar, ibu bapa perlu mengambil tindakan tegas.


GAMBAR HIASAN DI AMBIL DARI FILEM
BOHSIA: JANGAN PILIH JALAN HITAM

RAYA RAYA WITH HOUSEMATE

SALAM KUKIRIM MAAF KU PINTA
SEMOGA GEMBIRA SENTIASA
DI HARI MULIA PENUH BERMAKNA
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN


SEBULAN SUDAH KITA BERPUASA
SEMOGA DIBERIKATI AMALAN KITA
TANGAN DIHULUR BERJABAT MESRA
TANDA KEMAAFAN SESAMA KITA


SETULUS HATI KITA SYUKURI
ATAS NIKMAT YANG DIBERI
DENGAN INDAF RASA DI HATI
MOGA ILAHI KIAN BERKATI

 

TELENTIME FOR ME IS THE BEST UNTUK LEBIH MEMAHAMI KAUNSELING PELBAGAI BUDAYA



Talentime karya realisme terbaru Yasmin Ahamad. Masih lagi mengekalkan wajah filem 'Malaysia' seperti yang terdapat di dalam Sepet dan Gubra. Perkara yang hendak disampaikan juga masih lagi sekitar isu yang sama:- Cinta, melangkaui segalanya- kaum, agama dan bahasa. Yasmin masih meneruskan agenda 'meMalaysia'kan filem dengan menolak stereotaip filem Melayu yang terikat dengan dogma sempit 'filem kita wajah kita' ( wajah siapa 'kita' di dalam slogan itu???) dari segi visual, idea, dialog serta lakon layarnya.

Secara jujur, Yasmin membiarkan masalah realiti bumi bertuah ini ( baca: malaysia) yang hodoh, bobrok, busuk lagi busuk (i.e prsangka kaum) menyusup masuk kedalam karyanya ini. Secara tidak langsung mencubit hati dan akal waras semua penonton tanpa mengira kaum tentang diri mereka sendiri. Ini Malaysia. Jangan hipokrit. Inilah yang berlaku.


Talentime, mengisahkan tentang 'talentime' yang diadakan di sebuah sekolah. Ya, sebuah cerita yang 'mudah' tetapi kemudiannya ia berkembang menerusi konflik watak-watak di dalamnya. Mahesh, Melur dan Hafiz. Ketiga watak ini berkembang secara organik ( sila lihat Italian Neorealisme) , tanpa konflik yang dipaksa-paksa, membawa penonton kepada sebuah dunia yang tidak jauh bezanya dari dunia 'real' yang dialami mereka.

 
Mahesh ( mahesh Jugal) si pekak bisu yang jatuh cinta kali pertama, cuma cintanya jatuh kepada seorang gadis (Melur) yang salah, yang bukan sama warna kulit, agama dan sebangsa dengannya. Lebih parah apabila ibunya, mempunyai dendam yang tidak sudah, yang sukar dipadam, yang membarah busuk bencinya kepada 'entiti' gadis tersebut (baca: agama dan kaum). Menariknya, dendam ibu Mahesh ini adalah berdasarkan tragedi adik lelakinya yang mati terbunuh di malam hari perkahwinannya. Jika diteliti, tragedi itu mirip kepada tragedi di Kampung Medan, Jalan Kelang lama yang hampir menimbulkan ketegangan kaum di antara melayu dengan India di negara ini.

 
kes itu (yang rasanya masih lagi menjadi kes mahkamah): Satu keluarga sedang bergembira menyambut hari perkahwinan, dan satu lagi keluarga sedang bersedih meratapi kematian. Keluarga kaum mana yang sedang bersedih dan kelurga kaum mana yang sedang meratapi kematian tidak saya tahu. Yang pastinya, kerana tiada tolak ansur dari kedua-dua pihak. Tragedi tersebut tercetus dan menyebabkan kematian di kedua-dua belah pihak.

 
Melur (Pamela Chong) , gadis dari sebuah keluarga 'Melayu' Baru ( impian Yasmin) . Satu model dan bentuk tatacara hubungan kekeluargaan 'Melayu' yang hampir tidak pernah dilihat oleh kebanyakan Melayu Malaysia. Ada. Tetapi satu keluarga Melayu dalam seribu pun payah nak jumpa. Melayu baru model Yasmin ini menolak dogma sempit yang mengekang minda dari lebih terbuka. Lihat sahaja cara mereka bergurau senda. Juga di meja makan, dengan juadah dim sum, nasi dalam mangkuk, bacaan puisi sebelum makan dan kayu sepit (chop stick) di tangan. Juga dialog berbisa ini yang dituturkan oleh adik Melur kepada seorang Datin (simbol Melayu moden tapi masih sempit pemikiran) yang mempertikaikan nama 'maid' cina mualaf mereka...

 
" Mei Ling itu masuk Islam, bukan masuk melayu...masuk arab..."

 
Selain itu, Hafiz, seorang pelajar yang amat berbakat yang berhadapan dengan ketenatan ibunya. Watak budak Melayu yang hampir sempurna. Bijak, waras, tabah, cekal dan berbakat. Ini adalah watak melayu superior. Bukan watak inferior. Siapa kata Yasmin menghentam melayu???. Watak superior Hafiz ini memberi signifikan yang tersendiri apabila ia mendatangkan konflik kepada Ka Hoe. Konflik Ka Hoe adalah satu konflik yang dicipta Yasmin bagi membuka negatif generalisasi kaum lain kepada Melayu secara khususnya. Ya, generalisasi kaum bukan Melayu yang menganggap semua Melayu mahukan tongkat sakti untuk bergerak, yang dibelai manja kerana hak-hak ketuanannya yang tidak boleh diusik-usik, yang masih belum bercerai susu.

 
Hafiz, membanggakan aku bila dia mengatakan kepada Ka Hoe bahawa

 
" Aku tak perlukan pertolongan-pertolongan itu..."

Konflik Ka Hoe dan Hafiz ini berkesudahan dengan satu adegan yang sangat harmoni. Yasmin tidak perlu memberi satu dialog bagi menyelesaikan konflik Ka Hoe dan Hafiz. Cukup dengan satu adegan di mana Ka Hoe si pemain ErHu duduk di belakang Hafiz seaktu Hafiz sedang mengadakan persembahan gitarnya. Keharmonian gitar dan Erhu itu memberi simbol bahawa keadaan turut menjadi harmoni.

Yasmin memang hebat.

Akhir sekali, bagaimana permulaan filem ini dengan shot lampu terpasang di dewan sekolah, begitulah akhirnya apabila filem ini berkesudahan dengan shot lampu dewan ditutup ( ingat sapuan roti dan tuangan teh ke cawan dalam Gubra?). Dari sudut sinematik, filem Yasmin Ahmad masih terus mendahului filem-filem Melayu yang lain.

Walaupun Talentime ini kembar Sepet dan Gubra. Gaya pengarahan, lakon layar dan kerja kamera (statik, eye level yang menjadi wadah kerja realisme Yasmin) yang itu-itu juga. Saya masih lagi terpesona untuk menontonnya.

Berkali-kali lagi.

Dan saya sangat menggalakkan anda semua menonton filem ini (^.^)

PETUA PELAJAR CEMERLANG


1. Taat kepada Allah



2. Hormati kedua ibubapa dan sentiasa hormati mereka



3. Hormat dan sayang guru. Doakan guru



4. Sentiasa awal dan mendahului. Duduk di depan atau tengah.



5. Sentiasa membaca doa penerang hati, selepas sembahyang, sebelum study - alamnashrohlakasadroh



6. Mengulangkaji dalam tempoh yang pendek. Kemudian, sambung balik. Setiap 20 minit, rehat 3 minit.



7. Mengulangkaji secepat mungkin. Lepas 24 jam, kita akan ingat 20% sahaja.



8. Mengetahui petua untuk kuat ingatan dan tak mudah lupa. Cth, elak makan kepala ikan, baca bismillahillazi la yadurru maasmihi syaiun filardi wala fissamai wahuassami ul alim, elak makan bahan dalam contoh, hati, jantung, elak minum waktu makan, elak minum air yang tercemar dengan semut, elak makan terlalu kenyang, elak langgar sunnah cth tengok kemaluan sendiri, tengok nama kat batu nisan, elak tengok buih, makanan yang menguatkan ingatan: makan banyak kacang, kismis, madu, buah kurma, buah badam, pakai minyak wangi ketika belajar, pakai minyak rambut dengan gosok dan urut kepala,



9. Jangan lupa untuk senyum semasa belajar



10. Ulangkaji guna output learning, guna jari telunjuk untuk baca buku, ingat balik apa yang dah dibaca, lakar peta minda atau tulis nota, semak, sebut balik,



11. Merangsang dan memotivasikan diri sentiasa. Tulis dalam diari perkara positif yang dah dibuat hari ini setiap malam, berkawan dngan orangg yang positif, mengingatkan kawan, doa setiap kali lepas solat.



12. Belajar banyak jam setiap hari, 4-5 jam sehari,



13. Belajar dalam persekitaran yang kondusif, banyak warna hijau dan kuning, cahaya terang, jangan belajar diiringi muzik, kalau boleh hadap kiblat.



14. Guna dua-dua otak semasa belajar, rangsang otak kanan dengan buat kerja dengan tangan kiri, guna kaedah warna, diagram, kreatif, ingat irama lagu.









HARI KELUARGA EMPATHY BATCH-SUNGAI SAMAK MARIII:)

mula-mula mereka merancang tuk wat hari keluarga
saya sukewww
sbb kiter 1 keluarga
1 malaysia
ermmm cayang korang semue


sebelum berjalan naik bas dulu dr KHAR n sampai ler pintu timur
after tu baru berjalan beramai2 macam itik pulang petang,huhu
walupun hujan,hujan batu, salji akan ku redah juge
demi semangat empathy batch
huhu



hehe,sempat lagi
peace no war (^.^)


cepat-cepat orang lain nak makan  dah
heheh (*.*)



sungguh ceria n comei2 belaka
sape2 yang berkenan
bleh dapatkan borang daripada saya
hehe joke2 jew
kaunter dah tutup
mereka semua sudah berpunye....tettttttttt :)



setelah 20 minit berjalan beramai ke sungai samak
sampai lah ahli keluarga empathy batch
sampai pose dulu,hehe



ayam mula di bbq kan
tukang masak berkaliber di atas tu ialah
dr kanan : aishah,afik
tukang cari arang : adeq
hehe



aktiviti pangang-memanggang



tengok sampai nangis adik kiter sorang tu
disebabkan terlampau bersungguh-sungguh meniup arang
xpe2 t basuh mate


lepas kenyang melantak ayam bbq,bihun goreng
hot dog n mcm2 makanan dan minuman lagi
mula lar aktiviti merakam kenangan


smileeeeee-ngeee


nyam-nyamm ermmm x sabarr rasenyer



akhirnyer..huhu


artis empathy batch

jefri dol



heheh kami siapakah ini
tuan empunyer badan mesti tau
kikiki:)

TUGAS PEMBIMBING RAKAN SEBAYA


Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

~Merapati rakan sebaya dan mengenal pasti mereka yang bermasalah dan merujuk mereka kepada guru bimbingan dan kaunseling

~Menjadi pendengar yang peka kepada curahan perasaan rakan sebaya dan memberi sokongan emosi dalam keadaan krisis.

~Memberi penjelasan mengenai bahaya penggunaan dadah, arak, merokok, hubungan jantina, dan pencabulan kehormatan. Mrujuk, jika perlu, kepada guru bimbingan dan kaunseling dengan persetujuan mereka.

~Membantu pelajar yang menghadapi masalah akademik melalui sistem mentor atau tutor sebaya.

~Membantu guru bimbingan dan kaunseling dalam aktiviti bimbingan dan kaunseling kelompok.

~Membantu dalam memberi latihan kemahiran seperti kemahiran berkomunikasi, membuat keputusan dan kemahiran kaunseling kepada rakan sebaya.

~Membantu dalam melatih kumpulan sebaya untuk persediaan sebagai Pembimbing ~Membantu dalam aktiviti orientasi pelajar baru, mengelolakan unit bimbingan sekolah, perpustakaan bimbingan, papan kenyataan bimbingan dan aktiviti lain yang ada kaitan ~Menjadi penggerak kepada ahli-ahli unit untuk melaksanakan



ULAR ALBINO


 Search punya search internet konon nak cari bahan
 tuk assgment gaya hidup sikh kursus Kaunseling Pelbagai Budaya
alih2 ternampak plak ular albino ni
aku rase ular albino nie sangat unik
mmm indahnya cintaan Mu Ya ALLAH


 ular sawa albino yang baru nak menetas



tengok mate ular ni bulat sangat dah lar hitam pekat sangat mcam contact lense,hehe
warna kulit dah ler putih gilew
yang paling unik tengok kat mulut dia tu,macam ade lubang-lubang tu ape yer
hehe aku pun tak tau



ermm rase sejuk leher tengok picture ular sawa albino ni
korang plak,heheh



yang ni lagi lar unik sangat2,ular sawa albino berkepala 2

INDAHNYA CIPTAANMU YA ALLAH

SEMANGAT 1 MALAYSIA-BOOK OF RECORDS


Hail usaha saya dan warga KHAR y lain tuk menyiapkan
jalur gemilang menggunakan tempurung kelapa


pose kenang-kenangan bersama jalur gemilang


x kesah macam mane pun,asal pose,hehe:)


mengambil gambar kenag-kenangan kain rentang Malaysia Book Of Record
sementara menunggu ambang merdeka
MERDEKA-MERDEKA-MERDEKA


see, my friend berbilang bangsa dan kaum
menunjukkan semangat 1 Malaysia:)


1 MALAYSIA AGAIN-BEFORE LARIAN MERDEKA


walaupun keletihan selepas larian,sempat lagi tersenyum tuk pose:)
1 MALYSIA
Dari Kiri: Tasya (Iban), Purni (India), Eira (Asli mix chines), May (Iban), Azza,saya hehe(Melayu)
terbukti kan 1 MALAYSIA:)